Perbahasan RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai pada 22-3-2022
Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 dan saya meneliti tentang kertas perintah yang dibentangkan atas meja Ahli Parlimen.
Dituliskan tajuk Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2021 dengan ada perkataan ‘pertama’. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada dirancang untuk tambahan kedua pula kerana dengan perkataan tambahan pertama tersebut sama ada dengan pembentangan akta ini adalah konklusif dan mencukupi untuk pembayaran sepenuhnya tanggungan kerajaan pada tahun 2021.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah akta ini telah dinyatakan beberapa perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan tambahan sebanyak RM14 bilion. Kalau kita meneliti bahawa Bajet 2021, RM322.5 bilion. Waktu itu diumumkan biggest budget ever in the history of Malaysia. Bajet yang tertinggi pada waktu itu RM322.5 bilion.
Tambahan ini overshoot 4.34 peratus dan saya minta supaya kerajaan melakukan budget projection yang lebih spesifik dan lebih tepat supaya perkara- perkara tambahan bajet ini kalau kita teliti sejarah-sejarah kita, setiap tahun datang ke Parlimen. Saya harap satu hari nanti semua boleh dilakukan within the budget dan tidak perlu tambahan bajet seperti yang kita lakukan pada hari ini.
Saya meneliti dengan item-item perbelanjaan mengurus tentang Pilihan Raya Negeri Sarawak, tambahan RM67 juta. Saya memahami bahawa Pilihan Raya Negeri Sarawak merupakan bajet item yang disenaraikan pada tahun 2021. Akan tetapi, pada tahun 2022, tahun ini ada dua pilihan raya negeri yang barangkali tidak dibajetkan dalam Bajet 2022 iaitu Pilihan Raya Negeri Melaka dan juga Johor.
PRN negeri Johor dan Melaka tidak dibajetkan untuk tahun 2022. Itulah menunjukkan bahawa tahun depan pula kita kena perlu berhadapan dengan satu tambahan bajet untuk pilihan raya negeri. Oleh itu, saya cadangkan supaya perbelanjaan untuk pilihan raya negeri difahamkan RM141 juta untuk Melaka dan Johor combine.
Saya mencadangkan supaya Parlimen dan juga DUN meluluskan undang- undang Fixed-Term Parliaments Act dan Fixed-Term State Assembly Act dengan sekurang-kurangnya DUN dan juga Parlimen perlu untuk ditubuhkan berfungsi empat tahun, sekurang-kurangnya empat tahun.
Of course, dihadkan kepada maksimum lima tahun supaya tidak ada pilihan raya negeri boleh diadakan sesuka hati, kerajaan negeri dengan Chief Minister ataupun Yang Berhormat Menteri Besar boleh lakukan sewenang-wenangnya kerana ini melibatkan perbelanjaan tambahan kepada belanjawan-belanjawan negara. Perlu menetapkan tarikh pilihan raya dengan menggunakan Fixed-Term Parliament Act dan Fixed-Term State Assembly Act.
Perkara kedua, subsidi dan bantuan tunai yang dia datang ke sini untuk meminta tambahan sebanyak RM4.6 bilion. Saya ingin mendapat penjelasan kerana kita tahu bahawa subsidi minyak bertambah akhir tahun lalu tetapi kita ada revenue hasil daripada PETRONAS, memandangkan harga petrol naik, hasil daripada PETRONAS juga akan naik. Boleh dapat satu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri sama ada hasil isu tersebut bagaimana ia direkodkan dalam bajet kita?
Begitu juga dengan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) datang ke Parlimen untuk meminta tambahan RM539 juta. Kita ada windfall profit levy, kita ada export tax untuk tambahan kerana harga CPO yang menaik dan windfall profit levy yang dikutip tinggi, export tax yang kutip tinggi, maka ia juga boleh sekurang-kurangnya menanggung lebih banyak Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak kita.
Berkenaan dengan hospital dan satu perbelanjaan telah direkodkan. Satu perbelanjaan tambahan telah direkodkan untuk perkhidmatan hospital dan kenderaan.
Saya ingin minta penjelasan kerana kita ada COVID-19 fund yang telah diluluskan oleh Parlimen ini dan kenapa tidak digunakan COVID-19 fund ini tetapi sebaliknya datang ke Parlimen untuk meminta satu bajet tambahan untuk Kementerian Kesihatan untuk perkhidmatan kesihatan dan kenderaan.
Perbelanjaan tambahan RM14 bilion ini pecahannya RM8.414 bilion, untuk perbelanjaan mengurus RM5.535 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Saya ingin dapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri setiap perkara berkenaan dengan perbelanjaan pembangunan yang diminta dan yang telah dibelanjakan untuk tahun 2021. Sila jelaskan setiap perkara tentang perbelanjaan pembangunan tersebut.
Fiscal Responsibility Act yang telah dicadangkan. Bagaimana Fiscal Responsibility Act ini? Bila ia akan dibentangkan di Parlimen supaya kerajaan boleh melakukan satu fiscal discipline supaya kawalan bajet kita lebih tepat dan projection yang lebih baik supaya rang undang-undang sedemikian boleh dielakkan dan semua perbelanjaan mengikut bajet yang ditetapkan. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua.
No comments:
Post a Comment